Makan makanan halal

Tazkirah lima minit untuk anak didik kita ……

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 172

Ayat di atas bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!, Makanlah daripada benda-benda yang baik ( yang halal ) yang telah Kami berikan kepada kamu”,

Makanan dan minuman adalah sebahagian daripada keperluan hidup manusia. Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai jenis zat yang terdiri daripada karbohidrat, protin dan vitamin.

Pengambilan makanan yang halal, seimbang dan berkhasiat dapat membantu pertumbuhan badan dan melindungi diri daripada diserang oleh penyakit. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal kerana ia memberi kesan kepada pembinaan fizikal kita.

Umat Islam dilarang melibatkan diri dengan minuman arak dan begitu juga dengan ketagihan dadah. Kedua-dua makanan dan minuman itu adalah diharam oleh Allah dan sesiapa yang terlibat dengan keduanya bererti telah melakukan dosa besar.

Sebab kita disuruh makan makanan yang halal,

– Kerana ia dapat membina fizikal kita ke arah sihat sejahtera

– Dapat membina minda kita ke arah memikir perkara yang waras

– Kita inginkan supaya doa kita di makbul oleh Allah.

– Hidup kita berperaturan, ada maruah dan ada imej seorang muslim sejati.

– Hati kita tenang, hidup kita harmoni, aman dan damai.

Kesan buruk yang akan menimpa kepada kita jika terlibat dengan makanan yang haram, seperti arak

Kita sukar menerima ilmu. Hati menjadi liat untuk menerima hidayah Allah. Doa yang kita pohon   payah dimakbul  oleh Allah. Kita hidup dalam keadaan tidak tenteram. Sudah tentu kita  akan mendapat penyakit. Maka lalailah kita daripada   menjalankan tanggungjawab kepada Allah, diri dan keluarga.

Kesimpulannya jauhilah diri kita daripada perkara yang dibenci Allah, mudah- mudahan kita mendapat rahmat dariNya di dunia dan di akhirat. Sekian.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: