DEFINASI GC

Logo GC

Definasi guru cemerlang

Guru Cemerlang dapat didefinasikan sebagai guru yang istimewa, dedikasi dan bermotivasi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan hasil kerja, kecemerlangan komunikasi, dan kecemerlangan potensi serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan Pendidikan Negara.

Kehebatan Guru Cemerlang di bilik darjah, mendapat perhatian warga sekolah bagi mencetus dan menyebarkan usaha ke arah kecemerlangan pendidikan. Guru Cemerlang bertindak sebagai pakar rujuk, role model, mentor serta jurulatih kepada para guru dan pelajar. Beliau dapat membangunkan dan menyumbang khidmat kepakaran subjek yang diajar terhadap pembelajaran pelajar di mana sahaja mereka berkhidmat. Beliau boleh diteladani oleh rakan sejawat , boleh menjadi pembimbing kepada guru yang lain serta penyumbang khidmat bimbingan di sekolah sekitar daerah di mana mereka bertugas seterusnya ke peringkat negara. Semua kepakaran dan pengalaman mereka dikongsi bersama bagi meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: